KEPUTUSAN PEMILIHAN PKR CABANG SELAYANG 2025

Sejarah Cabang Selayang 2025.

Keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat cawangan Selayang 2025 menyaksikan Saudara Kamarudin bin Mohd Hussain telah memenangi pemilihan Ketua Cabang dengan undian sebanyak 2041. Namun, kemenangan beliau dinafikan. 

Sebaliknya, Saudara Chua Wei Kuat, Adun Rawang (Team RR), diumumkan sebagai pemenang selepas pemilihan semula diadakan dan Saudara Kamarudin dinafikan hak untuk bertanding semula. (Itulah sebuah kemenangan yang tidak bermaruah).

Pelbagai helah dilakukan, oleh Saudara Chua Wei Kuat dan team termasuk mengadakan siri pertemuan sulit dengan salah seorang anggota Jawatankuasa Pemilihan Parti, termasuk menghilangkan hak Saudara Kamarudin sebagai pemenangan dalam pemilihan tersebut. 

Tidak mustahil keputusan menafikan kemenangan Saudara Kamarudin turut dipengaruhi oleh anggota Jawatankuasa Pemilihan Parti tersebut bersama team mereka.


Fakta:
Saudara Kamarudin bin Mohd Hussain tidak melanggar sebarang peraturan pemilihan parti. Namun, kemenangan beliau dinafikan dengan alasan masih mempunyai kes mahkamah yang belum selesai, sedangkan mengikut prinsip perundangan negara, seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

KEPUTUSAN PEMILIHAN PKR CABANG SELAYANG 2025


Comments